counter

TIPS

TEKNIK SOLEKAN BIBIR.



1.   Terlebih dahulu lukiskan garis bibir dengan pensil bibir yang berwarna lebih gelap daripada gincu. Ini supaya sapuan gincu dapat dilakukan dengan lebih rapi dan tidak terkeluar daripada garisan bibir.


2.  Kemudian tekap paff bedak padat pada bibir usah bimbang puff ini melepasi garis bibir yang telah dilukis tadi kerana garis bibir ini memang mahu nampak samar sahaja.

3. Gunakan berus gincu untuk menyapu gincu pada seluruh bibir. Penggunaan gincu lebih sesuai kerana sapuan akan nampak lebih rata dan menjimatkan.

4. Tekan puff sekali lagi diatas bibir yang disapu gincu.

5. Akhirnya, sapu gincu bibir sekali lagi. Agar bibir nampak seksi dan berkilat, sapu pengilat bibir.


* Teknik solekkan ini boleh mengubah bibir yang nipis nampak tebal dan bibir yang tebal nampak nipis.


* Pada hari cuti samada dirumah, bersantai ditaman atau membeli-belah, sapukan sedikit pengilat bibir (Lip Gloss) agar dapat melembapkan bibir dan menyerikan wajah yang pucat selain mengelakkan bibir menjadi kering.


* Lihat perbezaan wajah dicermin sebelum dan selepas.








TIP MEMAKAI MASKARA




1.  Jangan memakai maskara secara luaran sahaja kerana sebetulnya, ia perlu dipakai dengan kaedah menekap hingga keakarnya.


2.  Untuk solekkan yang lebih galak, wanita perlu memakai dua atau tiga lapisan maskara.


3.  Jika memakai maskara jenis kalis kekotoran, guna tangan untuk tekap dan menolak kotoran yang ada kebawah.


4.  Guna putik kapas untuk membersihkan kawasan sekitar mata sekiranya memakai maskara jenis cecair.